Beralih angin ke nyormuda313.blogspot.com

Image

Sila ke http://www.nyormuda313.blogspot.com utk version baru Coretan Muslim

Terima Kasih ats keperihatinan…

“Apo Kono Jang” Versi PRKN31

15 Amalan Undang Murka Allah

tsunami_wave_coming_now_too_lateCUKUP menyayat hati apabila melihat satu persatu bala dan ujian Allah SWT turunkan kepada manusia pada hari ini. Daripada bala yang datang secara halus sehingga cara menakut dan mengerikan. Semuanya menyakitkan, menyeksakan kehidupan kita, memedihkan perasaan kita dan memilukan hati nurani kita semua.

Adakah semua bala yang melanda kita hari ini sekadar bencana alam dan masalah kebersihan yang tidak dijaga sehingga bertukar menjadi penyakit atau virus? Hanya orang berfikir, menghayati, insaf dan merenung saja yang akan mendapati jawapan terhadap fenomena ini.

Semua bala dan ujian yang Allah turunkan kepada manusia adalah sebagai dalil bahawa Allah benar-benar berkuasa ke atas makhluknya. Allah juga menurunkan bala supaya manusia berfikir bahawa di alam ini ada kuasa ghaib yang mentadbir, mengurus dan menyelaras keseluruhan proses kejadian alam. Allah menimpakan pada manusia bala dan ujian untuk manusia menyedari bahawa gunung-ganang, teknologi canggih, perkembangan sains, persenjataan hebat, negara bertamadun, pemimpin yang punya kuasa politik besar dan rakyat yang hidup mewah, semuanya akan musnah apabila berhadapan dengan bala dan ujian Allah SWT.

Adakah bala dan ujian Allah datang tanpa dijemput? Pernahkah kita mengangkat kedua-dua tapak tangan ke langit untuk memohon bala dan ujian Allah SWT? Mestilah kita katakan tidak pernah. Hakikatnya, kita menjemput bala Allah tanpa disedari. Kita menyeru bala Allah dengan membanyakkan zina, menyebarkan budaya minum arak, memperkayakan kehidupan dengan mata pencarian haram, meninggalkan arahan Allah, melakukan segala larangan Allah, budaya keseronokan (hiburan) dan pembuangan bayi menyebabkan turunnya bala dan ujian Allah, sedangkan kita tidak menyedarinya.

Continue reading

Syaitan Menggoda Keteguhan Iman

syaitanSHEIKH ABDUL QADIR JAILANI adalah seorang alim ulama dan ahli sufi yang cukup dikenali keutamaan dan kemuliaan ilmunya di kalangan umat Islam. Kerana sikapnya yang warak atau dekat dengan Allah, banyak pengikutnya yang berlebih-lebihan memuliakannya. Diceritakan suatu hari Sheikh Abdul Qadir jailani berjalan merantau seorang diri. Dalam mengharungi padang pasir yang panas terik itu ia merasa kehausan. Tiba-tiba ia melihat sebuah bejana dari perak melayang di udara lalu perlahan-lahan turun kepadanya diselimuti awan di atasnya.

Saat itu diceritakan terdengar suara ghaib di angkasa : “Hai Abdul Qadir, minumlah isi bejana ini. Hari ini kami telah menghalalkan kamu makan dan minum semua yang selama ini aku haramkan . Dan telah kugugurka semua kewajipan untukmu.” Bunyi suara ghaib itu.

Sebagai orang yang arif, Abdul Qadir cukup tahu bahwa suara ghaib yang menyerupai wahyu itu cuma syaitan yang menggoda keteguhan imannya. Maka marahlah ia dan berkata : “Hai mal’un beredarlah engkau dari sini. Sesungguhnya aku tiada lebih mulia dibandingkan dengan Nabi Muhammad S.A.W di sisi Allah Taala. Kepada Rasulullah saja tidak mungkin berlaku ketentuan semacam itu. Barang yang diharamkan Allah selamanya tetap haram, dan kewajipan hamba kepadanya tidak pernah digugurkan termasuk pada diriku.” Ujarnya tegas.

Rahsia Al-Quran disebalik Gempa di Sumatera

P3110090Gempa dan Ayat-Ayat Allah Swt

Segala sesuatu kejadian di muka bumi merupakan ketetapan Allah Swt. Demikian pula dengan musibah bernama gempa bumi. Hanya berseling sehari setelah kejadian, beredar kabar—di antaranya lewat pesan singkat—yang mengkaitkan waktu terjadinya musibah tiba gempa itu dengan surat dan ayat yang ada di dalam kitab suci Al-Qur’an.

“Gempa di Padang jam 17.16, gempa susulan 17.58, esoknya gempa di Jambi jam 8.52. Coba lihat Al-Qur’an!” demikian bunyi pesan singkat yang beredar. Siapa pun yang membuka Al-Qur’an dengan tuntunan pesan singkat tersebut akan merasa kecil di hadapan Allah Swt. Demikian ayatayat Allah Swt tersebut:


17.16 (QS. Al Israa’ ayat 16):
“Dan jika Kami hendak membinasakan suatu negeri, maka Kami perintahkan kepada orang-orang yang hidup mewah di negeri itu (supaya mentaati Allah) tetapi mereka melakukan kedurhakaan dalam negeri itu, maka sudah sepantasnya berlaku terhadapnya perkataan (ketentuan Kami), kemudian Kami hancurkan negeri itu sehancur-hancurnya.”

17.58 (QS. Al Israa’ ayat 58):
Tak ada suatu negeri pun (yang durhaka penduduknya), melainkan Kami membinasakannya sebelum hari kiamat atau Kami azab (penduduknya) dengan azab yang sangat keras. Yang demikian itu telah tertulis di dalam kitab (Lauh Mahfuz).”

8.52 (QS. Al Anfaal: 52):
(Keadaan mereka) serupa dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya serta orang-orang sebelumnya. Mereka mengingkari ayat-ayat Allah, maka Allah menyiksa mereka disebabkan disebabkan dosa-dosanya. Sesungguhnya Allah Maha Kuat lagi Amat Keras siksaan-Nya.”


Tiga ayat Allah Swt di atas, yang ditunjukkan tepat dalam waktu kejadian tiga gempa kemarin di Sumatera, berbicara mengenai azab Allah berupa kehancuran dan kematian, dan kaitannya dengan hidup bermewah-mewah dan kedurhakaan, dan juga dengan keadaan Fir’aun dan pengikut-pengikutnya. Ini tentu sangat menarik.

sumber; eramuslim

SIS Kian Melampau!!! – Nasrudin Hassan at Tantawi

Kartika Dewi1. Tindakan Sister In Islam [ SIS ] dan Kumpulan Tindakan Bersama untuk Persamaan Jantina [ JAG ] semakin berani mencabar keputusan mahkamah Syariah berhubung isu sebat ke atas Kartika Dewi yang mengaku bersalah minum arak .

2. Biarpun hukuman yang dijatuhkan oleh Mahkamah Syariah iaitu 6 sebatan dan denda sebanyak RM 5,000 tidaklah sepenuhnya menepati hukum syara’ tetapi sekurang – kurangnya ia membawa semangat perlaksanaan undang – undang syariah dalam negara ini.

3. Jika 6 sebatan sahaja dibantah dan ditentang habis – habisan oleh SIS dan JAG , saya tidak dapat gambarkan bagaimana mereka mahu bertindak jika negara ini benar – benar melaksanakan hukum syara’ iaitu antara 40 ke 80 kali sebat bagi mereka yang sabit bersalah meminum arak .

4. Jelasnya SIS dan JAG menggunakan hujjah kononnya hukuman itu kejam , menjatuhkan maruah malah bercanggah dengan hak asasi manusia . [ Jika 6 rotan sudah dianggap kejam ertinya mereka akan berkata 40 rotan sangat kejam .]

5. Hujjah yang dikemukan ini nyata menunjukkan kejahilan mereka terhadap hukuman Islam . Mereka tidak melihat kepada hikmah dan unsur spiritual yang terdapat di dalam satu – satu perlaksanaan hukum Islam . Mereka hanya menilai dari unsur luar pula dengan cara yang salah dan menanggapinya dengan persepsi yang asing dari pandangan syara’ dan maqasid syari’yyah .

Makluman Ringkas PRK Bagan Pinang (N31)

  1. Tanggal 3 September 2009 iaitu hari ini, menyaksikan satu lagi detik yang agak bersejarah terhadap diari politik negara.
  2. PRK Bagan Pinang (N31) pada kali ini mempertemukan sekali lagi PAS dan UBN dalm merebut kerusi Dun Bagan Pinang (N31).
  3. Yang uniknya UBN dilihat agak terdesak dalam memilih calon mereka selepas diasak oleh pelbagai pihak dalm UBN sendiri.
  4. Akhirnya Isa Samad juga yang menjadi pilihan. Keputusan yang diambil pula, dilihat langkah berjaga serta mahu menjaga hati penyokong kuat Isa Smad.
  5. Isa Samad juga dulunya pernah disabitkan dengan isu politik wang dalm UMNO. Jadinya org inilah yang menjadi pilihan UMNO untuk memegang amanah rakyat. Ini juga, secara tidak lansung memperlihatkan ketandusan UMNO dalam menyediakan calon yang benar2 telus dan ikhlas.
  6. Calon Pas pula, iaitu Zulkefly Mohamad Omar, 45, dipilih sebagai calon parti itu untuk bertanding pada pilihan raya kecil Dewan Undangan Negeri (DUN) kawasan Bagan Pinang 11 Okt ini.
  7. Pada pilihan raya umum 2008, Zulkefly yang bertanding kerusi DUN Lenggeng, tewas kepada calon Barisan Nasional (BN), Mustafa Salim dengan majoriti 1,285 undi.
  8. Anak jati Lenggeng itu sebelum ini pernah menjawat jawatan sebagai Timbalan Pesuruhjaya PAS Negeri Sembilan (2005-2007) sebelum dilantik ke jawatan sekarang yang dipegangnya selama dua penggal. Zulkefly merupakan seorang ahli perniagaan dan memegang Ijazah Sarjana dalam bidang Sains daripada Universiti Putra Malaysia (UPM) serta Ijazah Sarjana Muda Komunikasi dari Universiti Teknologi Mara (UiTM). Beliau juga pernah menjawat jawatan sebagai pengurus di Syarikat GLC dan Syarikat Telekomunikasi.
  9. Zulkefly dilihat mempunyai rekod yang bersih jika nak dibandingkan dgn calon pilihan UBN.
  10. Apa pun terpulang pada pengundi di Dun Bagan Pinang untuk memilih calon yang telus, amanah serta bertanggungjawab dalm menjalankan tugas sbg YB. Bak kata Nabil (anak N9 sendiri)…“Lu Pikir la Sendiri”

peta